Monday, October 19, 2009

isu pendidikan anak-anak

Isu pEndidikan anak-anak… “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100] Kenapa mengejar ilmu dunia sedangkan ilmu ukhrawi diketepikan? ”Sabda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Apabila mati anak adam, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah yang berkekalan kegunaannya, anak salih yang mendoakannya dan ilmu yang dimanfaatkan. Apabila diteliti hadis Nabi s.a.w berkenaan, apabila mati anak Adam, segala amalannya terputus kecuali beberapa perkara termasuklah anak soleh yang mendoakannya.. Anak yang soleh lahir dari didikan yang sempurna oleh Ibu-bapa yang melengkapi kehidupan anaknya dengan ilmu ukhrawi yang mencukupi. Anak yang lahir diibaratkan seperti kain putih yang suci dan ianya dicorakkan oleh ibu dan bapanya. Apabila ditinjau di era globalisasi ini, atau lebih dikenali dengan dunia tanpa sempadan…Sememangnya semua ibu bapa menginginkan anak yang cerdik, pintar, bijak dan seterusnya berjaya dalam akademik. Terutama dalam situasi sekarang apabila dunia seolah-olah terlalu mengiktiraf golongan yang cerdik pandai. Ibu bapa berlumba-lumba agar anak lebih cepat pandai membaca, menulis, mengira,seawal mungkin. Kebanyakannya lebih mementingkan pendidikan yang semata-mata untuk membolehkan anak-anak apabila dewasa kelak dapat bersaing dengan yang lain untuk merebut kerjaya yang professional. Maka ibu-bapa lebih sibuk mendaftarkan ana-anak dikelas tuisyen matematik, sains, bahasa ingerish. Mankala ilmu ukhrawi seperti agama kelas fardhu ain, atau kelas mengaji diketepikan. Apabila kurangnya pendidikan atau tarbiah agama didalam diri ana-anak maka sukarlah untuk membentuk diri mereka menjadi anak yang baik yang taat kepada perintah Allah dan ibu-bapanya. juga menjadi anak soleh yang boleh mendoakan ibu-bapanya apabila mati kelak. seorang anak yang soleh dapat menjadi sebuah permata yang sangat indah. Seperti Nabi Ismail terhadap Nabi Ibrahim, ketika Nabi Ibrahim berkata, “Wahai Anakku, sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu, bagaimana pendapatmu? Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, dan niscaya engkau akan mendapatiku termasuk orang orang yang bersabar.”

Lihatlah bagaimana jawapan dari anak yang soleh kepada ayah yang soleh, padahal mereka berdua diperintahkan untuk mengerjakan suatu hal yang sangat berat. Demikianlah kisah dari keluarga yang soleh, apabila seorang anak telah dijadikan sebagai seorang yang soleh oleh Allah, maka hal tersebut mungkin akan menjadi sebab baiknya kedua orang tuanya, tetapi apabila anak tersebut jelek, mungkin hal tersebut akan menjadi sebab kekafiran kedua orang tuanya.Semaikan pendidikan agama yang utuh ke dalam jiwa anak-anak kita agar kita akan menjadi ibubapa yang bahagia.

Friday, October 16, 2009

Isu Politik Islam

Mencontohi Pimpinan Rasulullah s.a.w

Politik atau dalam bahasa arabnya disebut sebagai siasah
Siasah menurut bahasa :
“Sasa- yasusu- siyasatan wa riasah” yang membawa maksud tadbir, perintah, mengetuai ( Lisan al-Arab, Dar al-kutub al-ilmiah)
Apabila menyentuh mengenai politik islam secara tidak langsung ianya menyentuh mengenai pucuk pimpinan yang bakal mengetuai sesebuah negara Islam itu sendiri.

Firman Allah SWT :
Maksudnya:
Sesungguhnya orang yang kami berikan kepada mereka kekuasaan di atas muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan, melarang kemungkaran, dan kepada Allah mereka menyerahkan penghujung sgl usaha” (Al-Haj : 41)
Apabila disoroti ayat Al-Quran diatas yang membicarakan tentang ciri-ciri pemimpin yang patut dipilih didalam Islam, ciri-ciri tersebut menggariskan tentang ketaatan didalam mengerjakan perintah Allah dan amar makruf nahi mungkar.

Jika disoroti sirah Rasulullah s.a.w, baginda merupakan contoh pimpinan yang baik dimana didalam pentadbirannya beliau mentadbir dengan adil dan bersederhana menjanjikan corak kepemimpinan berkualiti. Didalam pentadbirannya juga baginda merujuk kepada Al-Quran dan as-sunnah didalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Sepertimana Firman Allah s.w.t :
Dan telah Kami turunkan kepada kamu, Kitab (al-Quran) yang didalamnya mengandungi penerangan terhadap semua perkara serta menjadi petunjuk dan rahmat dan membawa berita gembira bagi muslimin" ( An-Nahl : 89)

Ayat di atas pula menerangkan bahawa semua urusan kehidupan manusia telah pun diterangkan dasarnya di dalam Al-Quran, justeru ia adalah satu penegasan bahawa dasar yang melibatkan hal ehwal politik juga terkandung di dalamnya

Justeru itu marilah kita bersama-sama menegakkan pemerintahan atau politik Islam sepertimana pimpinan pada zaman Rasulullah s.a.w.

Isu penuntut islam di IPT

SAkit Mata!!!

“Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. telah melaknat orang lelaki yang meniru pakaian perempuan dan orang perempuan memakai pakaian lelaki” (H.R. Abu Dawud) (Riadhus Solihin, Jilid 2, ms491).

Kewujudan lelaki lembut atau Mak Nyah di institut pengajian tinggi semakin hari semakin menjadi-jadi. Fenomena Mak Nyah ini merupakan salah satu penyakit mental yang disebabkan oleh faktor dalaman seperti hormon dan pendidikan awal dan faktor luaran seperti pengaruh persekitaran. Penyakit ini semakin menular di kalangan generasi belia hari ini khususnya di kalangan siswa IPT seluruh negara. Sekiranya anda bertanya kepada siswa-siswi hari ini, mereka akan mengesahkan kewujudan kelompok Mak Nyah di dalam komuniti IPT di seluruh negara. Kuantiti kelompok ini akan menjadi lebih besar Jika tiada tindakan dikenakan.
Di IPTA atau menara gading gejala lelaki lembut, pondan ini adalah serius. Dan, di kampus, mereka menjadi perhatian apabila mereka berkumpul. Tiba-tiba sahaja suasana sunyi boleh menjadi gamat. Kita yang melihat, kegelian sampai mahu muntah hijau. Sudahnya, kita masih bertanya, siapakah yang patut disalahkan? Ibu bapakah? Atau individu itu sendiri atau rakan sebaya atau kecenderungannya.??

Lebih malang lagi apabila golongan ini adalah daripada seagama dengan kita, agama Islam. Fenomena ini seumpama barah yang semakin membesar di dalam masyarakat yang mana sekiranya tidak ditangani dengan bijak akan merosakkan nilai-nilai kemanusiaan sebenar. Fenomena ini seharusnya didepani serta ditangani dengan bijak dan bukannya dibiarkan tengelam timbul tanpa ada satu penyelesaian yang konkrit sebagai penawarnya.

Walaupun golongongan mak nyah ini menuntut di institusi pengajian tinggi yang rata-ratanya cemerlang dari segi akdemiknya namun tidak semestinya cemerlang dari segi akademik itu cemerlang dari segi sahsiahnya. Adalah menjadi tanggungjawab kita sesama manusia untuk mencegah kemungkaran. Golongan mak nyah ini ternyata boleh memporak perandakan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat dan seterusnya mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga…!

Isu Negara Islam...

Hak orang Bukan Islam?

Apabila berbicara mengenai Negara Islam, sudah tentu didalam fikiran kita terbayang mengenai penduduknya yang majoritinya beragama Islam dan pemipinnya terdiri daripada orang Islam. Namun begitu, ada dikalangan penduduk didalam Negara Islam ini terdiri daripada kalangan bukan Islam atau di sebut kafir.

Timbul persoalan bagaimana kedudukan mereka didalam Negara iSlam?? adakah mereka ditindas? dizalimi? atau diberi layanan seadilnya.?

Sebelum itu, mari kita soroti siapa mereka didalam Negara Islam. Orang bukan Islam didalam Negara Islam terdiri daripada 2 golongan :

1. Kafir Dzimmi: Iaitu mereka yang rela tunduk dan patuh kepada undang undang Negara
2. Kafir harbi: Mereka yang memusuhi orang Islam.


Golongan pertama merupakan golongan bukan Islam yang mematuhi perintah dan undang-undang Islam dilindungi dan diberi hak dan kebebasan didalam Negara Islam selagi mana mereka tidak mengancam pemerintahan Islam.Pemerintah Islam perlu melindungi mereka dari ancaman harta dan nyawa. Manakala golongan kedua merupakan golongan yang tidak perlu diberi perlindungan kerana mereka menentang islam.

Islam membicarakan hak-hak orang bukan Islam dalam negara Islam. Rasulullah SAW memberi amaran keras kepada umat Islam jika melakukan kekejaman terhadap orang bukan Islam yang mematuhi perlembagaan negara.

Kepimpinan Islam sering berteraskan kepada perundangan Allah dan Rasul. Oleh itu mereka boleh bertolak ansur dengan masyarakat bukan Islam dalam hal ehwal berkaitan dengan urusan keduniaan dan kebendaan.

Masyarakat bukan Islam diberi perlindungan di negara Islam jika mereka menghormati dan memahami sensitiviti orang Islam dalam hal ehwal tradisi dan keagamaan. Umat Islam diharamkan menceroboh rumah ibadat orang-orang bukan Islam dan memaksa mereka mengamalkan budaya dan tradisi agama Islam.

Begitulah adilnya Islam dimana golongan bukan Islam juga diberi layanan yang sebaik-baiknya selagi mana mereka tidak menentang Islam.

Thursday, October 15, 2009

Isu ilmu-ilmu Islam

Ibn Sina bapa perubatan Islam..

Tidak dinafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu perubatan mereka kepada dunia perubatan. Kejayaan mereka telah mendapat penghargaaan yang tinggi di kalangan pengarang dunia Barat.

Salah seorang doctor islam yang terulung ialah Ibn Sina Sumbangannya dalam bidang
perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sebagai seorang doktor.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).


Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api, dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.


Islam dalam zaman kegemilangannya telah memberi sumbangan yang terbesar dalam bidang perubatan kepada manusia dengan menghasilkan beberapa tokoh yang ternama dalam bidang tersebut. Mereka bukan sahaja mahir dalam perubatan tetapi juga dalam beberapa ilmu di luar perubatan yang diwarisi dan dimajukan oleh dunia Barat. Kita seharusnya berbangga dengan tokoh yang mengangkat martabat Islam.

Isu Ekonomi Islam

‘matlamat tidak menghalalkan cara’

Apabila menyentuh mengenai ekonomi islam, Islam meletakkan umat manusia sebagai pengurus, pelaksana segala apa yang diwujudkan oleh Allah di atas muka bumi ini sebagai khalifah. Manusia bertanggungjawab secara langsung terhadap Allah kerana sumber ekonomi manusia datangnya daripada Allah yang memiliki alam ini.

Salah satu
Komponen dalam sistem ekonomi Islam adalah prinsip keadilan sosial. Ia boleh dianggap sebagai yang terpenting kerana ekonomi Islam tidak berkonsepkan monopoli hak sehingga menindas pihak lain.
keseimbangan sosial yang digariskan dalam sistem ekonomi Islam adalah soal perkara-perkara asas dalam hubungan sesama manusia. Contohnya adalah berzakat dan mengelakkan perbuatan riba adalah sesuatu yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Dalam ertikata lain, zakat adalah ‘penyucian harta’ setelah cukup nisab dan khaulnya kerana terdapatnya hak kumpulan fakir miskin yang wajib dibantu. Ini adalah bertujuan untuk mendekatkan jurang antara golongan miskin dan yang kaya, dimana golongan kaya membayar zakat untuk membantu golongan miskin. golongan miskin dan kaya.

Sepertimana Firman Allah didalam (Surah at-Taubah: 90) yang menganjurkan zakat.

Begitu juga dengan riba. Islam melarang umatnya mengamalkan riba (bunga yang tinggi) kerana ia jelas menindas orang lain terutama mereka yang kurang berkemampuan. Secara logiknya, mengenakan riba ke atas sesuatu barangan memang menguntungkan para peniaga.


Soal halal-haram begini dan kesannya ke atas pihak lain, tidak pernah ada dalam kamus ekonomi Barat. Apa yang dipentingkan adalah sistem ekonomi yang dilaksanakan itu dapat memberikan keuntungan kepada pelaku ekonomi. Dalam ertikata lain ‘matlamat menghalalkan cara’ tidak kira walau apa pun sistem yang dilaksanakan, keuntungan tetap menjadi isu utama bukannya soal keadilan sosial sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

Umat Islam seharusnya bersyukur dengan wujudnya satu sistem ekonomi Islam yang benar-benar ke arah merealisasikan ummah yang cemerlang daripada aspek sahsiah, jasmani, emosi, rohani dan ekonominya.

Saturday, October 10, 2009

Isu Undang-undang Islam

Islam adalah satu agama yang mengambil berat dalam semua perkara kedunian dan akhirat. Di antara perkara penting yang menjadi pertimbangan dalam ajaran Islam ialah Hukum Jenayah.

Perundangan didalam Islam menitikberatkan soal hubungkait antara manusia dan Allah dan manusia sesama manusia.Peraturan-peraturan yang ditetapkan di dalam Al Quran adalah suatu kemestian untuk dilaksanakan oleh para manusia yang beriman denganNya.Oleh kerana itulah,Islam menjaga agama, diri, akal , keturunan, maruah dan harta benda. Demi menjaga 6 perkara tersebut, maka Allah menetapkan Hukum Hudud, Qisas dan Diyat dan Takzir yang wajib dilaksanakan demi kesejahteraan manusia sejagat.
Hukum Hudud.

Hukum hudud adalah hukum yang telah ditetapkan oleh syarak kadar dan ketentuannya melalui Al Quran dan diterangkan oleh As Sunnah nabi SAW.

Firman Allah S.W.T;
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
QS. al-Isra' (17) : 32


Jenayah zina adalah salah satu penodaan keatas maruah dan kesucian seseorang manusia.

Jenayah ini ada 2 hukuman

i- Rejam sampai mati.

Hukuman ini dikenakan kepada penzina yang sudah berkahwin

ii- Sebat 100 kali

Hukuman ini dikenakan kepada mereka, lelaki dan perempuan yang belum berkahwin.


Secara teorinya, menampakkan suatu kekejaman kepada manusia, namun syariat Islam memandang kepada suduk penjagaan kesucian dan kemurnian ketururan dan maruah seseorang yang tidak boleh dinodai dengan kotornya hubungan secara tidak halal ini.

Zina akan merosakkan diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara. Dari amalan haram ini akan melahirkan syakhsiah yang rosak dan anak-anak yang tidak mengenal bapa.

Maka, ia akan berkait langsung dengan kesucian keturunan dan akan bercampur gaul masyarakat antara zuriat yang halal dan haram.

Friday, October 9, 2009

Isu Akidah Islam

Solat sebagai satu kewajipan
Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”

( Bukhari )

27 Rejab mencatatkan lakaran sejarah penting yang berlaku ke atas Rasulullah S.A.W kerana pada tarikh tersebutlah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj ke atas baginda. Ia berlaku pada tahun yang dinamakan “Tahun Dukacita” di mana baginda telah kehilangan dua orang insan yang telah banyak memberi pertolongan dan bantuan sepanjang menjalankan dakwah suci iaitu isteri baginda Siti Khadijah dan bapa saudara baginda Abu Talib.
Di dalam peristiwa ini banyak perkara telah berlaku dan yang paling utama adalah mengenai sembahyang yang merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Baginda S.A.W telah menerima kewajipan sembahyang lima waktu ketika Mikraj sebagaimana yang digarapkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya.
Jika kita perhatikan mengenai kewajipan ini maka fahamlah kita tentang betapa besarnya ganjaran dan peranan sembahyang di mana sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna mampu mencegah umat Islam daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
Peringatan Rasulullah S.A.W mengenai sembahyang ini harus dititikberatkan memandangkan sekarang ini ramai di kalangan umat Islam yang mengabai dan memandang mudah terhadap sembahyang lima waktu apatah lagi menunaikannya secara berjemaah. Pengaruh keduniaan telah menghantui mereka sehingga sanggup meninggalkannya demi mengejar habuan dunia yang tidak seberapa.

Isu Pembinaan Keluarga Islam

Islam telah menggariskan satu panduan hidup yang lengkap dan rapi pada segala perkara yang berkaitan dengan penghidupan manusia. Keamanan dan kesejahteraan yang wujud dalam sesebuah keluarga adalah faktor terpenting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, bahagia dan cemerlang. Tugas setiap ahli keluarga hendaklah dilaksanakan dengan sempurna mengikut hak masing-masing. Suami mempunyai hak ke atas isteri dan anak-anak dan demikian jugalah sebaliknya. Jika setiap anggota keluarga tahu melaksanakan hak mereka maka akan wujud keharmonian dan kecemerlangan di dalam keluarga mereka.Keluarga Islam wajib menjadikan Islam sebagai panduan dan cara hidup. Syariah, akidah dan akhlak Islam perlu menjadi dasar hubungan kekeluargaan ini. .

Bagi membentuk keluarga cemerlang juga, kita perlu berhijrah dengan menjadikan rumah sebagai syurga iaitu tempat yang penuh dengan ketenangan, kenikmatan dan kebahagiaan. Ini dapat dicapai dengan mengerjakan sembahyang berjemaah sekeluarga dan menerapkan amalan membaca al-Quran atau bertadarus bersama-sama.Oleh itu, setiap lelaki muslim sebelum melangkahkan kaki ke alam perkahwinan dan menjadi ketua keluarga, adalah menjadi satu kewajipan melengkapkan dirinya dengan pelbagai ilmu terutamanya ilmu-ilmu agama sebagai persiapan membina keluarga cemerlang.
Sebagai ketua keluarga, suamilah yang mencorakkan kehidupan sesebuah keluarga. Jika suami mempunyai kesedaran roh Islam, sudah pasti akan terdidiklah ahli keluarga mereka dengan syariat Islam yang sebenar. Anak-anak yang tabiinya berkeadaan suci bersih maka ditangan ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan anak mereka.
Islam telah memberi garis panduan yang jelas berkenaan ketaatan seorang isteri kepada suaminya iaitu bukan pada perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam iaitu al-Quran dan Sunnah. Isteri sememangnya memiliki kelebihan dan potensi yang tiada pada suami. Kelembutan, penyayang dan penyabar merupakan ciri terpenting dalam mendidik anak-anak dan pasangan hidup yang sempurna. Oleh itu, isteri mesti memainkan peranan membina keluarga cemerlang dengan tidak meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada suami.

Isu Penghayatan Islam


Bersama Memahami islam dengan tepat dan seutuhnya.

Setiap fasa atau generasi umat ini pasti menghadapi ujian dan cabaran tersendiri. Sebagai antara generasi akhir umat ini yang terpisah jauh dari Nabi Muhammad SAW dari sudut masa, antara cabaran utama umat ini adalah untuk memahami Islam dengan setepat dan seutuhnya.
Sudah lumrah, semakin jauh kita dari Nabi SAW dan daripada generasi didikan baginda, semakin mencabar bagi kita untuk mendapat dan mencari kefahaman dan penghayatan Islam yang benar.

Pada masa yang sama, kita diajar untuk tidak sekali-sekali meragui keadilan Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang dan Maha Pengasih dan segala sifat-sifat kesempurnaan yang ada.
Jika kita sedia mengikut panduan dan ajaran yang ditentukan-Nya, risalah dan nur Islam hakiki sedia untuk ditemui dan dihayati oleh generasi demi generasi tanpa terputus hinggalah ke hari kiamat.

Sebaliknya sesiapa yang dinafikan rahmat-Nya akan enggan mengikut naluri iman dan lebih yakin dengan akal sendiri atau dikelabui oleh keegoan dan terkeliru oleh pelbagai sentimen, inilah hakikat yang menjadi latar di sebalik pelbagai salah faham dan kekeliruan tentang Islam dan ajarannya.
Selain daripada ajaran-ajaran yang jelas menyeleweng seperti mengaku dilantik menjadi rasul dan menerima wahyu yang lebih mudah dikenal pasti dan dijauhi, dengan izin Allah SWT, yang lebih membimbangkan adalah tersebarnya fahaman dan kecenderungan yang tidak begitu zahir berbahayanya.

Antara contoh pemesongan agama yang dapat kita lihat hari ini adalah jaran ayah pin, kahar mengaku sebagai Rasul, Al-Arqam dan pelbagai lagi ajaran sesat.
Mengapa smua ini berlaku??? Jawapannya sudah tentu kerana agama islam itu tidak dihayati sepenuhnya sehingga ianya menjadi terpesong.
Marilah kita bersama-sama menghayati akjaran Islam seutuhnya supaya Islam tetap terus subur selamanya.

Isu Pendidikan Anak-anak


Isu pEndidikan anak-anak…

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]

Kenapa mengejar ilmu dunia sedangkan ilmu ukhrawi diketepikan?

Sabda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Apabila mati anak adam, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah yang berkekalan kegunaannya, anak salih yang mendoakannya dan ilmu yang dimanfaatkan.

Apabila diteliti hadis Nabi s.a.w berkenaan, apabila mati anak Adam, segala amalannya terputus kecuali beberapa perkara termasuklah anak soleh yang mendoakannya..

Anak yang soleh lahir dari didikan yang sempurna oleh Ibu-bapa yang melengkapi kehidupan anaknya dengan ilmu ukhrawi yang mencukupi. Anak yang lahir diibaratkan seperti kain putih yang suci dan ianya dicorakkan oleh ibu dan bapanya.

Apabila ditinjau di era globalisasi ini, atau lebih dikenali dengan dunia tanpa sempadan…Sememangnya semua ibu bapa menginginkan anak yang cerdik, pintar, bijak dan seterusnya berjaya dalam akademik. Terutama dalam situasi sekarang apabila dunia seolah-olah terlalu mengiktiraf golongan yang cerdik pandai. Ibu bapa berlumba-lumba agar anak lebih cepat pandai membaca, menulis, mengira,seawal mungkin. Kebanyakannya lebih mementingkan pendidikan yang semata-mata untuk membolehkan anak-anak apabila dewasa kelak dapat bersaing dengan yang lain untuk merebut kerjaya yang professional. Maka ibu-bapa lebih sibuk mendaftarkan ana-anak dikelas tuisyen matematik, sains, bahasa ingerish. Mankala ilmu ukhrawi seperti agama kelas fardhu ain, atau kelas mengaji diketepikan.

Apabila kurangnya pendidikan atau tarbiah agama didalam diri ana-anak maka sukarlah untuk membentuk diri mereka menjadi anak yang baik yang taat kepada perintah Allah dan ibu-bapanya. juga menjadi anak soleh yang boleh mendoakan ibu-bapanya apabila mati kelak.

seorang anak yang soleh dapat menjadi sebuah permata yang sangat indah. Seperti Nabi Ismail terhadap Nabi Ibrahim, ketika Nabi Ibrahim berkata, “Wahai Anakku, sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu, bagaimana pendapatmu? Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, dan niscaya engkau akan mendapatiku termasuk orang orang yang bersabar.”

Lihatlah bagaimana jawapan dari anak yang soleh kepada ayah yang soleh, padahal mereka berdua diperintahkan untuk mengerjakan suatu hal yang sangat berat. Demikianlah kisah dari keluarga yang soleh, apabila seorang anak telah dijadikan sebagai seorang yang soleh oleh Allah, maka hal tersebut mungkin akan menjadi sebab baiknya kedua orang tuanya, tetapi apabila anak tersebut jelek, mungkin hal tersebut akan menjadi sebab kekafiran kedua orang tuanya.Semaikan pendidikan agama yang utuh ke dalam jiwa anak-anak kita agar kita akan menjadi ibubapa yang bahagia.

 
Blogger Templates by Wishafriend.com