Thursday, October 15, 2009

Isu ilmu-ilmu Islam

Ibn Sina bapa perubatan Islam..

Tidak dinafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu perubatan mereka kepada dunia perubatan. Kejayaan mereka telah mendapat penghargaaan yang tinggi di kalangan pengarang dunia Barat.

Salah seorang doctor islam yang terulung ialah Ibn Sina Sumbangannya dalam bidang
perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sebagai seorang doktor.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).


Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api, dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.


Islam dalam zaman kegemilangannya telah memberi sumbangan yang terbesar dalam bidang perubatan kepada manusia dengan menghasilkan beberapa tokoh yang ternama dalam bidang tersebut. Mereka bukan sahaja mahir dalam perubatan tetapi juga dalam beberapa ilmu di luar perubatan yang diwarisi dan dimajukan oleh dunia Barat. Kita seharusnya berbangga dengan tokoh yang mengangkat martabat Islam.

1 comments:

DEEN said...

yup toi 2 beliau cntoh dlm bdang perubatan ulung islam.persoalannya skg apkah ilmu2 perubatan ynag telah dimonopoli oleh beliau kini kian dilupakan???
sma2 kita kmbalikan keagungan zaman islam sperti dlu..

 
Blogger Templates by Wishafriend.com