Friday, October 16, 2009

Isu Politik Islam

Mencontohi Pimpinan Rasulullah s.a.w

Politik atau dalam bahasa arabnya disebut sebagai siasah
Siasah menurut bahasa :
“Sasa- yasusu- siyasatan wa riasah” yang membawa maksud tadbir, perintah, mengetuai ( Lisan al-Arab, Dar al-kutub al-ilmiah)
Apabila menyentuh mengenai politik islam secara tidak langsung ianya menyentuh mengenai pucuk pimpinan yang bakal mengetuai sesebuah negara Islam itu sendiri.

Firman Allah SWT :
Maksudnya:
Sesungguhnya orang yang kami berikan kepada mereka kekuasaan di atas muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan, melarang kemungkaran, dan kepada Allah mereka menyerahkan penghujung sgl usaha” (Al-Haj : 41)
Apabila disoroti ayat Al-Quran diatas yang membicarakan tentang ciri-ciri pemimpin yang patut dipilih didalam Islam, ciri-ciri tersebut menggariskan tentang ketaatan didalam mengerjakan perintah Allah dan amar makruf nahi mungkar.

Jika disoroti sirah Rasulullah s.a.w, baginda merupakan contoh pimpinan yang baik dimana didalam pentadbirannya beliau mentadbir dengan adil dan bersederhana menjanjikan corak kepemimpinan berkualiti. Didalam pentadbirannya juga baginda merujuk kepada Al-Quran dan as-sunnah didalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Sepertimana Firman Allah s.w.t :
Dan telah Kami turunkan kepada kamu, Kitab (al-Quran) yang didalamnya mengandungi penerangan terhadap semua perkara serta menjadi petunjuk dan rahmat dan membawa berita gembira bagi muslimin" ( An-Nahl : 89)

Ayat di atas pula menerangkan bahawa semua urusan kehidupan manusia telah pun diterangkan dasarnya di dalam Al-Quran, justeru ia adalah satu penegasan bahawa dasar yang melibatkan hal ehwal politik juga terkandung di dalamnya

Justeru itu marilah kita bersama-sama menegakkan pemerintahan atau politik Islam sepertimana pimpinan pada zaman Rasulullah s.a.w.

1 comments:

DEEN said...

yup toi 2 Rasulullah saw adlah cntoh teladan yg terbaik dlm sistem politik..
Jd kita sbg umt islam marila sama2 mencontohi pucuk pimpinan yg telah d bawa oleh baginda saw.

 
Blogger Templates by Wishafriend.com