Friday, October 9, 2009

Isu Akidah Islam

Solat sebagai satu kewajipan
Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”

( Bukhari )

27 Rejab mencatatkan lakaran sejarah penting yang berlaku ke atas Rasulullah S.A.W kerana pada tarikh tersebutlah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj ke atas baginda. Ia berlaku pada tahun yang dinamakan “Tahun Dukacita” di mana baginda telah kehilangan dua orang insan yang telah banyak memberi pertolongan dan bantuan sepanjang menjalankan dakwah suci iaitu isteri baginda Siti Khadijah dan bapa saudara baginda Abu Talib.
Di dalam peristiwa ini banyak perkara telah berlaku dan yang paling utama adalah mengenai sembahyang yang merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Baginda S.A.W telah menerima kewajipan sembahyang lima waktu ketika Mikraj sebagaimana yang digarapkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya.
Jika kita perhatikan mengenai kewajipan ini maka fahamlah kita tentang betapa besarnya ganjaran dan peranan sembahyang di mana sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna mampu mencegah umat Islam daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
Peringatan Rasulullah S.A.W mengenai sembahyang ini harus dititikberatkan memandangkan sekarang ini ramai di kalangan umat Islam yang mengabai dan memandang mudah terhadap sembahyang lima waktu apatah lagi menunaikannya secara berjemaah. Pengaruh keduniaan telah menghantui mereka sehingga sanggup meninggalkannya demi mengejar habuan dunia yang tidak seberapa.

Isu Pembinaan Keluarga Islam

Islam telah menggariskan satu panduan hidup yang lengkap dan rapi pada segala perkara yang berkaitan dengan penghidupan manusia. Keamanan dan kesejahteraan yang wujud dalam sesebuah keluarga adalah faktor terpenting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, bahagia dan cemerlang. Tugas setiap ahli keluarga hendaklah dilaksanakan dengan sempurna mengikut hak masing-masing. Suami mempunyai hak ke atas isteri dan anak-anak dan demikian jugalah sebaliknya. Jika setiap anggota keluarga tahu melaksanakan hak mereka maka akan wujud keharmonian dan kecemerlangan di dalam keluarga mereka.Keluarga Islam wajib menjadikan Islam sebagai panduan dan cara hidup. Syariah, akidah dan akhlak Islam perlu menjadi dasar hubungan kekeluargaan ini. .

Bagi membentuk keluarga cemerlang juga, kita perlu berhijrah dengan menjadikan rumah sebagai syurga iaitu tempat yang penuh dengan ketenangan, kenikmatan dan kebahagiaan. Ini dapat dicapai dengan mengerjakan sembahyang berjemaah sekeluarga dan menerapkan amalan membaca al-Quran atau bertadarus bersama-sama.Oleh itu, setiap lelaki muslim sebelum melangkahkan kaki ke alam perkahwinan dan menjadi ketua keluarga, adalah menjadi satu kewajipan melengkapkan dirinya dengan pelbagai ilmu terutamanya ilmu-ilmu agama sebagai persiapan membina keluarga cemerlang.
Sebagai ketua keluarga, suamilah yang mencorakkan kehidupan sesebuah keluarga. Jika suami mempunyai kesedaran roh Islam, sudah pasti akan terdidiklah ahli keluarga mereka dengan syariat Islam yang sebenar. Anak-anak yang tabiinya berkeadaan suci bersih maka ditangan ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan anak mereka.
Islam telah memberi garis panduan yang jelas berkenaan ketaatan seorang isteri kepada suaminya iaitu bukan pada perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam iaitu al-Quran dan Sunnah. Isteri sememangnya memiliki kelebihan dan potensi yang tiada pada suami. Kelembutan, penyayang dan penyabar merupakan ciri terpenting dalam mendidik anak-anak dan pasangan hidup yang sempurna. Oleh itu, isteri mesti memainkan peranan membina keluarga cemerlang dengan tidak meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada suami.

Isu Penghayatan Islam


Bersama Memahami islam dengan tepat dan seutuhnya.

Setiap fasa atau generasi umat ini pasti menghadapi ujian dan cabaran tersendiri. Sebagai antara generasi akhir umat ini yang terpisah jauh dari Nabi Muhammad SAW dari sudut masa, antara cabaran utama umat ini adalah untuk memahami Islam dengan setepat dan seutuhnya.
Sudah lumrah, semakin jauh kita dari Nabi SAW dan daripada generasi didikan baginda, semakin mencabar bagi kita untuk mendapat dan mencari kefahaman dan penghayatan Islam yang benar.

Pada masa yang sama, kita diajar untuk tidak sekali-sekali meragui keadilan Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang dan Maha Pengasih dan segala sifat-sifat kesempurnaan yang ada.
Jika kita sedia mengikut panduan dan ajaran yang ditentukan-Nya, risalah dan nur Islam hakiki sedia untuk ditemui dan dihayati oleh generasi demi generasi tanpa terputus hinggalah ke hari kiamat.

Sebaliknya sesiapa yang dinafikan rahmat-Nya akan enggan mengikut naluri iman dan lebih yakin dengan akal sendiri atau dikelabui oleh keegoan dan terkeliru oleh pelbagai sentimen, inilah hakikat yang menjadi latar di sebalik pelbagai salah faham dan kekeliruan tentang Islam dan ajarannya.
Selain daripada ajaran-ajaran yang jelas menyeleweng seperti mengaku dilantik menjadi rasul dan menerima wahyu yang lebih mudah dikenal pasti dan dijauhi, dengan izin Allah SWT, yang lebih membimbangkan adalah tersebarnya fahaman dan kecenderungan yang tidak begitu zahir berbahayanya.

Antara contoh pemesongan agama yang dapat kita lihat hari ini adalah jaran ayah pin, kahar mengaku sebagai Rasul, Al-Arqam dan pelbagai lagi ajaran sesat.
Mengapa smua ini berlaku??? Jawapannya sudah tentu kerana agama islam itu tidak dihayati sepenuhnya sehingga ianya menjadi terpesong.
Marilah kita bersama-sama menghayati akjaran Islam seutuhnya supaya Islam tetap terus subur selamanya.

Isu Pendidikan Anak-anak


Isu pEndidikan anak-anak…

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]

Kenapa mengejar ilmu dunia sedangkan ilmu ukhrawi diketepikan?

”Sabda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Apabila mati anak adam, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah yang berkekalan kegunaannya, anak salih yang mendoakannya dan ilmu yang dimanfaatkan.

Apabila diteliti hadis Nabi s.a.w berkenaan, apabila mati anak Adam, segala amalannya terputus kecuali beberapa perkara termasuklah anak soleh yang mendoakannya..

Anak yang soleh lahir dari didikan yang sempurna oleh Ibu-bapa yang melengkapi kehidupan anaknya dengan ilmu ukhrawi yang mencukupi. Anak yang lahir diibaratkan seperti kain putih yang suci dan ianya dicorakkan oleh ibu dan bapanya.

Apabila ditinjau di era globalisasi ini, atau lebih dikenali dengan dunia tanpa sempadan…Sememangnya semua ibu bapa menginginkan anak yang cerdik, pintar, bijak dan seterusnya berjaya dalam akademik. Terutama dalam situasi sekarang apabila dunia seolah-olah terlalu mengiktiraf golongan yang cerdik pandai. Ibu bapa berlumba-lumba agar anak lebih cepat pandai membaca, menulis, mengira,seawal mungkin. Kebanyakannya lebih mementingkan pendidikan yang semata-mata untuk membolehkan anak-anak apabila dewasa kelak dapat bersaing dengan yang lain untuk merebut kerjaya yang professional. Maka ibu-bapa lebih sibuk mendaftarkan ana-anak dikelas tuisyen matematik, sains, bahasa ingerish. Mankala ilmu ukhrawi seperti agama kelas fardhu ain, atau kelas mengaji diketepikan.

Apabila kurangnya pendidikan atau tarbiah agama didalam diri ana-anak maka sukarlah untuk membentuk diri mereka menjadi anak yang baik yang taat kepada perintah Allah dan ibu-bapanya. juga menjadi anak soleh yang boleh mendoakan ibu-bapanya apabila mati kelak.

seorang anak yang soleh dapat menjadi sebuah permata yang sangat indah. Seperti Nabi Ismail terhadap Nabi Ibrahim, ketika Nabi Ibrahim berkata, “Wahai Anakku, sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu, bagaimana pendapatmu? Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, dan niscaya engkau akan mendapatiku termasuk orang orang yang bersabar.”

Lihatlah bagaimana jawapan dari anak yang soleh kepada ayah yang soleh, padahal mereka berdua diperintahkan untuk mengerjakan suatu hal yang sangat berat. Demikianlah kisah dari keluarga yang soleh, apabila seorang anak telah dijadikan sebagai seorang yang soleh oleh Allah, maka hal tersebut mungkin akan menjadi sebab baiknya kedua orang tuanya, tetapi apabila anak tersebut jelek, mungkin hal tersebut akan menjadi sebab kekafiran kedua orang tuanya.Semaikan pendidikan agama yang utuh ke dalam jiwa anak-anak kita agar kita akan menjadi ibubapa yang bahagia.

 
Blogger Templates by Wishafriend.com